Mylil Idzni (My Idzni) @ My Idzni Babyshop

Mylil Idzni (My Idzni) @ My Idzni Babyshop
Get Children Apparels,Toys,Baby Accesories at HERE

Tuesday, 7 January 2014

POS LAJU

KOTAK PRABAYAR & SAMPUL PRABAYAR
Cara paling mudah untuk menghantar bungkusan anda
Jika biasanya anda membungkus dahulu barangan atau dokumen anda, baru menimbang berat dan seterusnya membayar untuk penghantaran, kini tidak perlu lagi. Dengan Kotak dan Sampul Prabayar PosLaju, kami perkenalkan cara paling mudah untuk menghantar bungkusan anda. Hanya perlu beli kotak/sampul Prabayar PosLaju, bungkus dan terus hantarkan.
Kotak/Sampul Prabayar PosLaju hanya untuk kegunaan dalam Semenanjung Malaysia sahaja dan boleh didapati di lebih 300 cawangan termasuklah PosLaju, Pejabat Pos dan agen jualan terpilih di Semenanjung Malaysia.
Cara Menggunakan
1. Beli Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar di mana-mana pusat jualan yang terpilih.
2. Isikan slip pengeposan (borang PL1A) yang disertakan bersama Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tersebut.
3. Masukkan slip pengeposan (borang PL1A) di dalam poket plastik tersedia pada Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tetapi JANGAN tutup pelekat tepi poket plastik tersebut.
4. Serahkan Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar kepada Pusat PosLaju atau Pejabat Pos yang berdekatan untuk pengeposan.
Ciri-ciri dan Kelebihan
-PENGHANTARAN EKSPRESS: Serahan esok hari, tertakluk di dalam kawasan Serahan PosLaju dan hari bekerja sahaja
-Lengkap dengan sistem Track & Trace
-Lengkap dengan bukti penerimaan bungkusan
-Tuntutan gantirugi untuk kehilangan/kerosakan sehingga Rm300*. PosLaju tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan lebihan had berat atau isi kandungan terlarang
*Tertakluk kepada terma & syarat
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
a. Pusat Khidmat Pelanggan di talian PosLine 1-300-300-300 
dari 8:30 pagi – 8:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 
dari 8:30 pagi – 5:00 petang pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum) 
b. Layari www.poslaju.com.my atau www.pos.com.my


Jenis: Sampul Prabayar S
Saiz: 280mm x 200mm
Berat Maks.: 500g
Harga: RM6

Jenis: Sampul Prabayar L
Saiz: 380mm x 320mm
Berat Maks.: 1kg
Harga: RM9

Jenis: Kotak Prabayar S
Saiz: 340mm x 250mm x 80mm
Berat Maks.: 2kg
Harga: RM13

Jenis: Kotak Prabayar M
Saiz: 340mm x 250mm x 150mm
Berat Maks.: 5kg
Harga: RM20

Jenis: Kotak Prabayar L
Saiz: 380mm x 320mm x 200mm
Berat Maks.: 10kg
Harga: RM30

POSTAL PARCEL
Kepada pelanggan kami yang ingin menghantar dokumen atau barangan, mereka boleh melakukanya melalui perkhidmatan penghataran Pos Bungkusan
Untuk destinasi tempatan, berat maksimum bungkusan ialah 30kg.
Jenis perkhidmatan Pos Bungkusan ditawarkan termasuk Bungkusan Pos Biasa, Pos Bungkusan diinsurankan dan Bungkusan Pos Penghantaran tunai.
Spesifikasi Bungkusan Pos
UkuranUkuran maksimun untuk Bungkusan Pos ialah ketinggian 1.05 meter dan 
tidak melebihi 2.00 meter bila di gabungkan kepanjangan dan lilitan 
Ukuran minimun adalah sama seperti perkhidmatan surat.
Berat30 Kg (Maksimum)
Pembungkusan Pos telah di ambil alih oleh Kaunter Pejabat Pos, Pejabat Pos Mini di 
Agensi Pos untuk pengurusan seterusnya. Resit akan dikeluarkan untuk setiap bungkusan diposkan .
Untuk meminimumkan kerosakan atau kemusnahan, Bungkusan Pos sepatutnya dibungkus dengan elok dan selamat.
Nama dan alamat yang lengkap penerima mesti ditulis dengan jelas pada bungkusan. Jika Bungkusan Pos 
tidak dapat di hantar, ia akan di pulangkan kepada pengirim dengan kos pengiriman. 
Bungkusan Pos boleh di balut mengunakan bungkusan poly dan tampalkan dengan sampul sama seperti label.
Kotak Bungkusan Pos tidak perlu di balut menggunakan pembalut perang tapi di nasihatkan untuk lebih kemas dan memudahkan untuk membaca alamat dengan lebih jelas.
Sekiranya mana-mana bungkusan sesat atau rosak semasa dalam jagaan pos, pampasan boleh dibayar atas permintaan.
Bungkusan Pos akan di caj RM7.00 untuk setiap 2 kg dan seterusnya RM1.50 untuk setiap 1 kg 
untuk lebih 30 kg. Untuk Sabah dan Sarawak, Bungkusan Pos akan di caj RM1.50 untuk
setiap 500 grams atau selain bagi liputan untuk SurCaj udara
Kadar Pos untuk Bungkusan dalam Malaysia
Jenis PenghantaranBeratKadar Pos
(RM)
DaratSehingga 2 Kg.7.00
Setiap lebih 1 Kg sehingga 30Kg.1.50
UdaraSehingga 2 Kg.7.00
Setiap lebih 1 Kg sehingga 30Kg.1.50
Surcaj udara untuk setiap 500gm atau dari itu1.50

No comments: