Setiap bayi perlu dirangsang dengan betul untuk membantu perkembangan otak yang cerdas dan aktif. Setiap bayi akan belajar perkara baru dalam hidupnya. Papa dan mama harus kreatif melakukan pelbagai aktiviti untuk merangsang minda bayi yang masih kecil.

Kini terdapat banyak alat mainan yang direka khas untuk tujuan tersebut. Antaranya Baby Play Gym. Ia adalah tempat khas bayi bermain dengan barang mainan yang memberi pelbagai stimulasi dan aktiviti.

Bayi akan diletakkan di atas pelapik berwarna-warni yang mempunyai pelbagai objek permainan yang menarik perhatian bayi. Permainannya sama ada digantung, diselitkan atau diletakkan di tepi dan tengah pelapik aktiviti. Ia akan membuatkan si kecil asyik bermain.